fbpx

Pemuda kritikal, dua cedera ringan kereta terjunam dalam tali air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai melihat Proton Saga Iswara dinaiki tiga mangsa yang terjunam ke dalam tali air di Kampung Gunung Sali, Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Seorang pemuda kritikal manakala dua lagi cedera ringan selepas kereta dinaiki mereka terjunam ke dalam tali air di Kampung Gunung Sali, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, ketiga-tiga mangsa berusia lingkungan 20-an berjaya dikeluarkan dari kereta jenis Proton Saga Iswara oleh orang awam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 6.45 petang tadi.

“Sebaik tiba di lokasi didapati berlaku kemalangan melibatkan kereta Proton Saga Iswara yang terjunam ke dalam tali air.

“Tiga mangsa iaitu dua lelaki dan seorang wanita dikeluarkan oleh orang awam. Bomba melakukan proses bantuan pernafasan (CPR) kepada seorang mangsa lelaki yang didapati dalam keadaan kritikal,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, dua lagi mangsa didapati dalam keadaan sedar dan mengalami kecederaan ringan.

“Ketiga-tiga mangsa terus dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah menggunakan Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) untuk rawatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI