fbpx

2 lelaki maut trak pikap berlanggar lori batu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kedua-dua kenderaan selepas berlanggar di jalan berhampiran Kampung Bakol, Limbang, Sarawak kira-kira pukul 2.57 petang tadi.

LIMBANG – Dua lelaki meninggal dunia selepas trak pikap dinaiki mereka berlanggar dengan lori batu berhampiran Kampung Bakol, di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 2.57 petang tadi dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang segera digerakkan ke lokasi yang terletak pada jarak 16 kilometer.

Katanya setiba di lokasi mendapati seorang daripada mangsa tercampak keluar dari Toyota Hilux terbabit manakala seorang lagi masih tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

“Setelah pemeriksaan oleh paramedik, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Katanya mayat Mohamad Ardie Khan Karim, 39, dan Ngu Tiong Hieng, 33, telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Bagaimanapun, katanya pemandu lori 10 tan terbabit selamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI