fbpx

Lelaki meninggal dunia kereta dirempuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta mangsa yang dirempuh oleh Perodua Bezza di Jalan Tun Jugah, Kuching pada awal pagi tadi.

KUCHING – Seorang lelaki meninggal dunia selepas kereta dipandunya dirempuh oleh sebuah kereta di Jalan Tun Jugah, berhadapan Premier 101 di sini pada awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 3.38 pagi dan segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya ke lokasi.

Katanya setiba di lokasi mendapati kemalangan melibatkan kereta Nissan Sunny yang dipandu mangsa berusia 37 tahun dengan Perodua Bezza yang dinaiki seorang lelaki dan wanita.

“Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta dan diserahkan kepada paramedik sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, katanya pemandu dan penumpang Perodua Bezza terbabit hanya mengalami kecederaan ringan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI