fbpx

EPL: Klopp akui cara Liverpool beraksi sukar menang trofi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH berjaya menyempurnakan sepakan penalti untuk membantu Liverpool mengikat United 2-2 pada aksi kelmarin. - AFP

MANCHESTER – Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp mengakui beliau berharap lebih banyak ‘drama’ yang akan berlaku dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas terikat 2-2 menentang Liverpool kelmarin.

Skuad kendalian Klopp turun dalam perlawanan hujung minggu ini dengan kelebihan dua mata di puncak EPL dan dilihat mampu untuk mengekalkan penguasaan selepas menunjukkan aksi yang dominan pada babak pertama dan mendahului menerusi jaringan Luis Diaz.

Bagaimanapun, United mempamerkan kebangkitan pada babak kedua menerusi jaringan Bruno Fernandes dan Kobbie Mainoo menyebabkan Liverpool terpaksa mengharapkan sepakan penalti Mohamed Salah untuk membawa pulang satu mata dari Old Trafford.

Keputusan itu menyaksikan Liverpool terpaksa merelakan Arsenal untuk menguasai puncak liga berdasarkan perbezaan jaringan biarpun kedua-dua pasukan mengumpul jumlah mata yang sama.

“Anda perlu memenangi sebanyak mungkin perlawanan untuk mendapatkan gelaran, tapi anda tidak akan berjaya jika bermain seperti yang kami pamerkan kali ini. Ia tidak cukup untuk membantu dan kami sedar mengenainya.

“Saya lihat para pemain inginkan kemenangan, namun kali ini pasukan yang hebat berdepan masalah dalam perlawanan di tempat lawan. Mungkin banyak pasukan yang datang ke Old Trafford dan tidak mempedulikannya, tetapi bagi kami perlawanan di sini sentiasa sulit dan mengelirukan,” katanya.

Liverpool berdepan pelbagai cabaran dalam perebutan gelaran EPL sebelum ini di bawah kendalian Klopp dan paling diingati adalah pada musim 2021/22 apabila mereka tewas dengan satu mata di belakang Manchester City.

“Ia melibatkan aksi 38 perlawanan. Orang memberitahu kami supaya mendapatkan perbezaan gol yang banyak, tapi ada kalanya ia tidak membantu. Anda tidak turun dalam perlawanan dan mahu menjaringkan lapan gol.

“Kami adalah kami dan kami akan bermaun dengan cara kami. Saya tidak ada masalah mengenai perkara itu dan saya tahu ia akan menjadi sangat sukar sehingga ke detik terakhir,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI