fbpx

[VIDEO] ‘Siap buka kedai tepi jalan untuk orang balik beraya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan orang awam membuka kedai runcit di tepi Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (LTU).

PETALING JAYA – Pacak dua khemah tepi Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (LTU) dekat Merapoh dan jual pelbagai jenis makanan dan minuman buat warga kota yang terperangkap dalam kesesakan jalan.

Itu situasi terbaru dapat dilihat di laluan berkenaan seperti mana dikongsikan @shfqhshrhh di TikTok yang memperlihatkan seorang peniaga bertindak membuka kedai runcit di tepi lebuh raya berkenaan.

Berdasarkan video dikongsi, penjual berkenaan memasang dua khemah dengan menjual beberapa jenis makanan ringan dan minuman air botol untuk mereka yang terperangkap dengan kesesakan selain bagi yang tidak sempat membeli juadah berbuka.

Dalam pada itu, tinjauan kosmo! di ruang komen mengatakan terdapat juga individu yang menjual petrol di lebuh raya tersebut selain terdapat pengguna yang bertindak menjemur kasut apabila terperangkap dengan kesesakan jalan.

Rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi termasuk menyatakan pelbagai gelagat dapat dilihat dalam momen setahun sekali pulang beraya.

“Bila kita terperangkap dalam jam macam-macam pengalaman kita dapat lihat, macam-macam karenah,” komen Ahmad Khairi.

“Seronoklah tengok moment balik kampung jauh macam ni, macam macam gelagat ada,” komen Liza.

“Saya lalu semalam nak muntah tunggu sampai ke Gua Musang, dari Kuala Lumpur gerak pukul 10 pagi sampai pukul 2 pagi, sakit pinggang,” komen Caliana.

“Musafir berbuka tu tahan lagi, yang jemur kasut tu dia cuci kasut time jam ke,” komen Hairul.

Sehingga kini, video itu mendapat 1 juta tontonan, 88,000 tanda suka dan 2,934 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

@shfqhshrhh selamat menempuh kesesakan jalan raya 😌 #kelantan ♬ Lagu 16 Puasa Yak Yak Yeayy – remy_german

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI