fbpx

Lebuh raya lancar, ramai balik kampung awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak menuju Genting Sempah lancar pada malam ini.

PETALING JAYA – Keadaan trafik di lebuh raya utama menuju luar ibu kota dilihat lancar selain tiada kesesakan dilaporkan pada malam ini.

Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dikongsikan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), laluan lancar boleh dilihat antaranya di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara dan selatan) serta Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 dan 2.

Hal ini berkemungkinan ramai warga kota telah pulang ke kampung bermula kelmarin sehingga semalam bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Selain itu, LLM menerusi media sosialnya juga tidak memuat naik maklumat berkait kesesakan trafik pada malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI