fbpx

Jenazah pasangan suami isteri selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PADANG RENGAS – Pasangan suami isteri yang meninggal dunia dalam nahas jalan raya di Kilometer 51.3, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli semalam, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad sebentar tadi.

Jenazah Kamizan Kasimon, 42, dan isteri, Noor Asmah Mat Zainal, 38, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Panjang pada pukul 2.40 petang.

Terdahulu, jenazah Kamizan yang juga pesara tentera dan isteri dibawa dari Unit Forensik Hospital Gerik ke rumah mereka di Kampung Laneh/Paya Lintah, Lubuk Merbau sebelum dibawa ke tanah perkuburan pada pukul 2.05 petang.

Dalam kejadian sekitar pukul 12.20 tengah itu, Kamizan dan isteri serta dua anak parah selepas kereta jenis Proton Persona yang dinaiki mereka terlibat nahas dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Innova dinaiki enam sekeluarga.

Kejadian itu menyebabkan pasangan suami isteri itu maut di tempat kejadian manakala dua anak, Nur Arissa Sofia, 3, dan Muhammad Ammar, 10, kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI