fbpx

Pengawal keselamatan amang seksual anak teman wanita ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

AMPANG JAYA – Polis memberkas seorang lelaki tempatan disyaki melakukan amang seksual terhadap anak teman wanitanya berusia empat tahun di Taman Melawati, di sini, hujung Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, ibu mangsa berusia 32 tahun dimaklumkan oleh anaknya bahawa lelaki itu melakukan amang seksual terhadapnya di sebuah hotel di Taman Melawati.

Menurutnya, suspek bertindak mencium dan melakukan amang seksual pada mangsa termasuk memukul bahagian dada kanak-kanak itu.

“Ibu mangsa yang mengetahui kejadian itu kemudian tampil membuat laporan polis.

“Pada pukul 7.35 malam kelmarin, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menahan suspek berusia 37 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata, ujian air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine, Methamphetamine dan tetrahydrocannabinol (THC).

“Suspek direman seminggu bermula semalam hingga 12 April ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 2017,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI