fbpx

Harimau Malaya perlu mula rasa panik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RANKING skuad negara menjunam ke tangga 138 ekoran berdepan empat kekalahan dalam lima perlawanan tahun ini.

SKUAD Harimau Malaya perlu belajar daripada kelemahan dengan melakukan persiapan lebih rapi andai mahu meningkatkan kembali kedudukan ranking dunia Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada masa akan datang.

Bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar percaya semua pihak perlu sedar betapa pentingnya persiapan rapi bagi menghadapi perlawanan dalam kalendar antarabangsa kerana ia boleh menyumbang mata yang tinggi buat Harimau Malaya.

“Saya anggap pasukan perlu mula tekan butang panik. Selain itu, pengurusan kebangsaan perlu belajar mengenai persiapan dan tahu cara untuk melakukan persiapan lebih rapi.

“Kita tidak boleh berehat (selesa) sedangkan pasukan lain bekerja keras. Tengok sahaja Indonesia sebagai contoh, secara tiba-tiba mereka boleh bangkit tewaskan Vietnam yang berada di ranking jauh lebih baik.

“Setiap kejohanan dalam kalender FIFA kita tak boleh ambil ringan. Justeru, saya harap pasukan dapat melakukan persiapan lebih rapi selepas ini,” katanya bekas penyerang berusia 61 tahun itu.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam mengakui sukar untuk mengelak daripada kejatuhan ranking Harimau Malaya selepas tewas kepada Oman pada dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bulan lalu.

Kegagalan meraih sebarang kemenangan pada tahun ini dalam lima aksi antarabangsa termasuk Piala Asia menyaksikan ranking negara kini menjunam ke tangga 138 dunia.

Lebih malang, skuad negara kini dipintas seteru tradisi, Indonesia yang dilihat lebih cemerlang dibawah kendalian pengendali dari Korea, Shin Tae-yong di kedudukan 134 dunia.

Skuad Harimau Malaya berpotensi untuk pulihkan maruah yang tercalar apabila bertemu Kyrgyzstan dan Taiwan pada dua aksi terakhir kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada Jun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI