fbpx

4 individu tertipu beli barangan kemas di TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu mengesan aktiviti memanipulasi keghairahan orang ramai membeli barangan kemas sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan melakukan penipuan di media sosial melibatkan kerugian keseluruhan RM126,017.

Setakat ini, empat individu di negeri ini mendakwa menjadi mangsa penipuan kes tersebut sepanjang minggu lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, mangsa pertama ialah peniaga wanita berusia 29 tahun yang kerugian RM 106,012.

“Dia yang berminat membeli dua utas gelang emas kononnya berharga RM512 yang diiklankan menerusi aplikasi TikTok telah terperdaya melakukan 20 transaksi secara atas talian terhadap suspek,” katanya di sini hari ini.

Mazli berkata, transaksi-transaksi itu diarahkan suspek kononnya sebagai pembayaran cukai, yuran, surat cagaran dan wang jaminan.

Beliau berkata, mangsa kedua pula merupakan seorang kakitangan swasta lelaki berusia 38 tahun yang tertarik untuk membeli dua utas gelang tangan berharga RM3,000 yang diiklankan menerusi aplikasi Telegram.

“Dia bukan sahaja gagal memperolehi gelang emas diidamkan tersebut malah tertipu RM8,000 menerusi modus operandi sama.

“Dua lagi mangsa turut tertipu dengan modus operandi serupa setelah tertarik dengan jualan gelang emas murah yang diiklankan di TikTok sebelum dikehendaki memasuki pautan yang disambungkan ke akaun Telegram Jualan Emas Ar Rahnu,” katanya.

Mazli berkata, pada mulanya mangsa akan membuat bayaran barangan kemas dikehendaki sebelum dikehendaki membuat pelbagai lagi transaksi atas pelbagai alasan tidak munasabah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI