fbpx

Stoking kalimah Allah: Kes Dr. Akmal dirujuk AGC minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin.

PETALING JAYA – Kertas siasatan berkait ucapan dan tindakan Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah ‘Allah’ akan dirujuk Pejabat Peguam Negara (AGC) minggu depan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya akan melengkapkan kertas siasatan itu dalam tempoh lima hari.

“Keterangan beliau (Dr. Akmal) sudah diambil semalam dan kertas siasatan sedang dilengkapkan.

“Dalam tempoh lima hari kita akan hantar ke AGC untuk tindakan seterusnya,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima dua laporan polis berhubung ucapan dan tindakan Dr. Akmal berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah ‘Allah’.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Akmal dilaporkan lantang bersuara mengenai kontroversi stoking dengan kalimah Allah yang didapati dijual di kedai serbaneka KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart).

Beliau turut menggerakkan boikot terhadap KK Super Mart sekiranya tidak memasang kain rentang di semua 881 cawangan kedai serbaneka itu di seluruh negara bagi memohon maaf atas insiden itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI