fbpx

‘Kasih’ Ella melampaui fesyen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUANSA hitam putih sememangnya sebati dengan Ella untuk gaya harian mahupun persembahan pentas.

BERSAMA kehangatan Ramadan yang menghampiri kehadiran Syawal, Ratu Rock negara, Ella mengusung semangat ‘kasih’ sebagai ingatan mendalam terhadap kemanusiaan sejagat.

Biar hidup jauh dari kesengsaraan dan masih boleh meneruskan kehidupan normal dalam sebuah negara yang aman damai juga tidak melekakan Ella untuk selalu mengenang saudara seagama di Palestin yang merindukan kebebasan.

Terinspirasi daripada impian melihat keindahan hubungan kemanusiaan, Ella menerapkan semua emosi dan empati tersebut dalam dalam koleksi raya Rockqueen, Kasih Monolog Dari Hati edisi 2024.

Hadir dalam gaya interpretasi moden, koleksi berkenaan tidak hanya menonjolkan keunikan rekaan tetapi juga memperkukuhkan ikatan kasih sesama insan, sekali gus penghormatan terhadap keindahan kemanusiaan dan semangat kebebasan.

“Melalui Kasih, kita diingatkan untuk menghulurkan bantuan dan solidariti kepada saudara-saudara di Palestin yang merindukan kebebasan untuk hidup dalam damai,” ujarnya dengan penuh empati.

“Kempen ini bukan hanya tentang fesyen atau perayaan semata-mata, tetapi tentang menghidupkan semangat kemanusiaan dan kesatuan dalam kalangan kita semua,” kata Ella yang mengharapkan koleksi keluarannya menjadi ingatan kepada semua tentang tanggungjawab untuk menyokong dan menghormati hak asasi individu, tanpa mengira bangsa atau agama.

Ella turut menyeru semua pengikutnya untuk menyokong kempen Kasih dengan mengambil bahagian dalam menyampaikan mesej solidariti dan keadilan kepada dunia.

ELLA mengajak peminat memaknakan tema ‘kasih’ dalam koleksi gayanya.

Kasih tanpa sempadan

“Mari bersama-sama kita tunjukkan bahawa kasih sayang itu tidak mengenal sempadan dan bersama-sama memperjuangkan kebebasan dan keadilan untuk semua,” katanya.

Bertegas, Kasih Rockqueen bukan sekadar sebuah kempen pemasaran, tetapi juga satu platform untuk menyebarkan kesedaran dan keamanan tentang isu-isu kemanusiaan yang penting di sekitar kita, Ella mengajak semua orang bersama-sama menyokong misi mencipta dunia yang lebih adil dan berkasih sayang.

Istimewanya, Ella turut menampilkan suami tercinta Captain Azhar dan anak saudaranya, penyanyi Kaka Azraf sebagai pendukung utama mesej kempennya.

Menggunakan kabut dan kabus dalam sesi fotografi Kasih sebagai metafora yang mendalam, menciptakan suasana awangan yang melambangkan cabaran yang dihadapi oleh saudara-saudara kita di Palestin.

Kabut mewakili tirai ketidakpastian, sementara kabus merujuk kepada jalan yang kabur yang mereka lalui. Imej kuda pula melambangkan kekuatan dan ketabahan.

Pilihan ini selaras dengan tema utama kempen, melampaui dunia fesyen untuk membangkitkan rasa solidariti dan keberanian.

Koleksi ini mempersembahkan 10 jenis pakaian termasuk abaya kimono, abaya hoodie, baju Melayu dan beberapa koleksi lain dalam nuansa hitam dan putih.

ELLA bersama suami dan anak saudaranya, Kaka bergabung memperhebat ‘vibe’ Kasih Menolog Dari Hati menjelang raya.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI