fbpx

Curang tapi tak nak cerai sebab ada ‘game’ – Rita Rudaini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rita menasihatkan Bella Astillah agar segera keluar daripada persekitaran toksik disebabkan mentua.

PETALING JAYA – Pelakon Rita Rudaini menasihatkan Bella Astillah agar segera keluar dari persekitaran toksik yang berpunca daripada mentua sendiri.

Rita atau nama sebenarnya, Rita Rudaini Mokhtar, 47, berkata, situasi ibu kepada dua anak itu sama seperti dilaluinya apabila dicurangi, namun suami enggan melepaskannya yang disyaki sebagai sebahagian daripada taktik licik.

“Lawak, sis (saya) sudah lalui semua benda ini dulu. Dah curang, dah salah selepas itu tak nak cerai sebab ada ‘game’.

“Inilah famili toksik. Tak payahlah Bella, nanti tak pasal dapat penyakit. Awak tak sesuai duduk dalam keluarga dengan mentua dari neraka ini.

“Nanti mental awak yang rosak macam mereka. Sudah Bella, keluarlah. Allah ada sediakan jalan untuk awak sebab Allah ada perancangan yang lebih baik,” katanya dalam hantaran Instagram Story.

Pada masa sama, Rita turut menegur golongan ibu mentua supaya jangan bersekongkol dalam menyulitkan kehidupan menantu.

“Mak mentua pun sama, hang (kamu) tak suka, nasihatkanlah anak kesayangan suruh cerai. Bawa balik anak simpan dalam ‘frame’ elok-elok,” ujarnya.

Rita membuat kenyataan itu dipercayai selepas Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, mendedahkan sikap sebenar ibu mentuanya.

Wanita terbabit dikatakan kerap memburukkannya biarpun sering mempamerkan imej Islamik dalam media sosial.

Semalam, Aliff membuat kejutan apabila enggan melafazkan talak terhadap Bella di Mahkamah Rendah Syariah walaupun menurut Bella perkara tersebut telah dipersetujui sejak awal tuntutan dibuat. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI