fbpx

Timbalan ketua polis Thailand serah diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SURACHATE (tengah) menyerah diri kepada rakannya di Bangkok kelmarin. - Foto Khaosod

BANGKOK  – Seorang timbalan ketua polis Thailand yang terlibat dalam banyak kes berprofil tinggi menyerah diri kepada rakan pegawainya selepas mahkamah mengeluarkan waran tangkap atas tuduhan pengubahan wang haram, lapor portal berita Khaosod semalam.

Timbalan Ketua Polis Thailand, Jeneral (Polis) Surachate Hakparn digantung tugas baru-baru ini  kerana terlibat dalam pergaduhan membabitkan sebilangan pegawai tertinggi pasukan polis.

Media Thai melaporkan bahawa Mahkamah Jenayah Bangkok membenarkan waran tangkap terhadap Surachate atas tuduhan terlibat dalam pengubahan wang haram kelmarin. 

Dua media negara itu, Thai PBS dan Thai Rath melaporkan, mahkamah mengeluarkan waran selepas Surachate gagal melaporkan diri untuk disoal siasat selepas tiga saman dikeluarkan terhadapnya.

Timbalan ketua polis itu pergi ke balai polis Taopoon di Bangkok kelmarin untuk mendengar pertuduhan tersebut. 

Selepas itu, Surachate memberitahu pemberita bahawa dia datang ke mahkamah untuk mematuhi waran berkenaan  dan akan membenarkan proses yang sewajarnya berlaku terhadap dirinya. 

“Saya tidak bimbang,” kata Surachate kepada kumpulan wartawan sebelum masuk ke dalam kereta yang menunggunya. 

Katanya, dia telah dibebaskan dengan ikat jamin tetapi tidak menyatakan jumlah tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI