fbpx

Sindiket pembotolan arak seludup tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norlela bersama rampasan arak di sidang akhbar hari ini. FOTO SADDANM YUSOFF/ KOSMO!

KLANG – Kegiatan sindiket arak tiruan yang berselindung di sebalik premis kitar semula dan kimpalan besi di Batu 9, Cheras dekat sini, sejak enam bulan lalu tumpas selepas digempur pihak berkuasa, Isnin lalu.

Serbuan dilakukan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah Unit Dua kira-kira pukul 8 malam itu mendapati premis itu menjadi lokasi pembotolan dan pembungkusan minuman tidak berlesen berkenaan sebelum diedarkan ke pasaran tempatan.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Norlela Ismail berkata, serbuan itu dilakukan hasil risikan pihaknya selama dua minggu mengenai kewujudan arak tiruan di premis berkenaan.

Menurut beliau, ketika serbuan dua lelaki tempatan berusia 54 dan 64 tahun yang diupah oleh sindiket untuk membungkus minuman itu.

“Pemeriksaan lanjut menemukan ribuan botol tong berisi 1,753 liter arak dan kira-kira 100 karton botol kosong.

“Kesemua rampasan itu dianggarkan bernilai RM40,500 dengan cukai terlibat berjumlah RM124,500,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Pangkalan Marin Kastam, Pelabuhan Klang di sini, petang ini.

Norlela berkata, botol dan kotak arak pelbagai jenama itu disyaki tidak bercukai serta mempunyai label setem cukai yang disyaki palsu.

“Premis didapati tidak berlesen mengikut Akta Eksais 1976. Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan pemilik premis dan kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI