fbpx

Ronaldo ledak hatrik peribadi ke-65

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO

ABHA – Bintang Al-Nassr, Cristiano Ronaldo terus menampilkan aksi memukau apabila sekali lagi meledak hatrik ketika membantu pasukannya mem­belasah Abha 8-0 dalam saingan Liga Pro Saudi di Stadium Prince Sultan bin Abdul Aziz awal pagi ­semalam.

Lebih manis, ia merupakan jaringan hatrik kedua berturut-turut dilakukan bekas pemain Manchester United itu selepas turut melakukannya ketika Al-Nassr menewaskan Al-Tai ­minggu lalu.

Tiga gol yang dijaringkan itu terus mengukuhkan nama Ronaldo sebagai pemain paling banyak melakukan jaringan hatrik dalam sejarah bola sepak dunia apabila sudah meledak 65 hatrik sepanjang kariernya.

“Kami tidak akan menoleh ke belakang lagi,” kata Ronaldo menerusi hantaran yang dimuat naik menerusi laman Instagram miliknya.

Pada perlawanan itu, selain hatrik dilakukan Ronaldo, pasukan pelawat juga melakukan jaringan menerusi dua gol Abdulaziz Al-Aliwa serta masing-ma­sing satu daripada Sadio Mane, Abdulmajeed Al-Sulaiheem dan Abdulrahman Ghareeb.

Meskipun mencatat kemenangan besar, namun hasrat Al-Nassr untuk muncul juara liga dianggap mustahil apabila ketinggalan 12 mata dengan Al-Hilal yang selesa ­berada di persada liga.

Dalam pada itu, Ronaldo te­rus mencerahkan peluang untuk memenangi anugerah Kasut Emas selaku penjaring terbanyak apabila sudah melakukan 29 jari­ngan dengan pencabar terdekat, Aleksandar Mitrovic memiliki 22 gol. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI