fbpx

Rakyat Malaysia penghidap diabetes kelima tertinggi dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Satu data mendedahkan Malaysia mempunyai jumlah penghidap penyakit kencing manis atau diabetes kelima tertinggi di dunia.

Data tersebut dikeluarkan oleh Persekutuan Diabetes Antarabangsa (IDF).

Menurut data itu, 20 peratus kelaziman diabetes pada orang dewasa direkodkan di negara ini.

Data yang dikumpul sehingga tahun 2021 juga menunjukkan seramai 4,431,500 jumlah kes diabetes pada orang dewasa.

Pakistan mendahului senarai itu, dengan kira-kira 30.8 peratus rakyatnya menghidap penyakit kencing manis.

Senarai itu kemudian diikuti oleh negara Kuwait yang menduduki tempat kedua dengan 24.9 peratus rakyatnya menghidap diabetes.

Data IDF juga merekodkan seramai 20.9 peratus penduduk Mesir berpenyakit kencing manis dan di tangga ke empat pula ialah Qatar dengan kelaziman diabetes ialah 19.5 peratus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI