fbpx

PRK Kuala Kubu Bharu ditetapkan 11 Mei depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh ketika mempengerusikan mesyuarat Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu di Putrajaya di sini, hari ini. Foto FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu dijadual diadakan pada 11 Mei depan selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan mesyuarat khas hari ini.

Pengerusi SPR. Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, hari penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Bharu pula ditetapkan pada 27 April 2024 (Sabtu).

“Hari undi awal ialah pada 7 Mei 2024 (Selasa) dan hari undian ialah pada 11 Mei 2024 (Sabtu),” katanya pada sidang akhbar khas PRK Kuala Kubu Bharu di Menara SPR di sini tadi.

Kerusi DUN Kuala Kubu Bharu kosong susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, pada 21 Mac lepas.

Kee Hion, 58, yang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Bahru di bawah Parlimen Hulu Selangor sejak 2013 meninggal dunia selepas bergelut melawan kanser sejak beberapa tahun lepas.

SPR sebelum ini menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Negeri Selangor, Lau Weng San berhubung dengan kekosongan luar jangka kerusi DUN itu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lalu, Kee Hiong menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Teoh Kien Hong dengan majoriti 4,119 undi.

Beliau kali pertama mewakili kawasan itu pada 2013 apabila menewaskan Ooi Hui Wen dari MCA dengan majoriti 1,702 undi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI