fbpx

Kerajaan mahu guna kepakaran Sarawak bangunkan teknologi hijau di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul pada sidang Dewan Negara hari ini. JABATAN PENERANGAN

KUALA LUMPUR – Kerajaan mahu menggunakan kepakaran, pengalaman serta sumber yang dimiliki negeri Sarawak bagi membangunkan teknologi hijau di negara ini.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, ini kerana Sarawak dilihat sudah maju dalam sektor berkenaan menerusi inisiatif-inisiatif dilaksanakan melibatkan tenaga hidrogen serta pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS).

“Kita akan gunakan sumber dan kepakaran yang ada di Sarawak dan bersama Semenanjung Malaysia dan syarikat antarabangsa agar Malaysia boleh menggunakan teknologi tersebut kerana ia masih mahal.

“Insya-Allah bersama Kerajaan Sarawak serta syarikat-syarikat yang berkaitan di sana, kita akan memastikan supaya penyelarasan dan pelaksanaan yang lebih pantas dan komersial,” katanya di Dewan Negara, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator Pele Peter Tinggom berkenaan inisiatif-inisiatif Kerajaan Persekutuan untuk membantu Sarawak merealisasikan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

Jelasnya, Sarawak memiliki kapasiti tenaga boleh diperbaharui (RE) sebanyak 70 peratus yang sudah melepasi sasaran.

“Kita perlu memastikan teknologi ini selaras dengan aspirasi negara untuk mencapai sasaran karbon sifar bersih seawal 2050,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI