fbpx

Grab Malaysia dan Rakan Grab edar bubur lambuk buat komuniti memerlukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sukarelawan Grab dan rakan kongsi menyediakan bubur lambuk sebelum diedarkan kepada komuniti memerlukan di Kuala Terengganu.

PETALING JAYA – Dalam semangat Ramadan, Grab menerajui usaha kolaboratif yang membawa misi ikhlas untuk mengedarkan bubur lambuk kepada lebih 2,500 individu di tiga buah negeri di wilayah Pantai Timur Semenanjung. 

Pasukan Grab Malaysia, bersama komuniti rakan pemandu dan penghantar bekerjasama dengan masjid tempatan dan hospital untuk inisiatif berkenaan, bertujuan menerapkan nilai-nilai belas kasihan, kemurahan hati dan semangat kemasyarakatan yang menjadi tunjang pada bulan Ramadan.

Pengagihan yang dijalankan di seluruh Terengganu, Kelantan dan Pahang dilaksanakan melalui kerjasama rakan kongsi termasuk Masjid Saidina Othman Bukit Rangin, Kuantan; Masjid Abidin @ Masjid Puteh, Kuala Terengganu dan Hospital USM Kelantan, Kota Bharu.

Rashid mengagihkan bubur lambuk kepada komuniti di Kuantan.

Pengarah Mobiliti dan Operasi Negara, Grab Malaysia, Rashid Shukor berkata, inisiatif ini merangkumi intipati Ramadan, iaitu bersatu sebagai komuniti untuk menyokong satu sama lain. 

“Kami bukan sahaja menyanjung tinggi usaha dedikasi tanpa jemu rakan pemandu dan penghantar kami, tetapi juga merakamkan sepenuh penghargaan kami kepada para pengguna. 

“Setiap pesanan dan perjalanan yang dibuat oleh mereka melambangkan langkah bermakna ke arah memupuk perpaduan dalam komuniti. Melalui perbuatan baik, kita dapat mengeratkan lagi ikatan belas kasihan dan perpaduan dalam masyarakat. 

“Grab akan terus memastikan tiada komuniti yang ketinggalan, serta berusaha untuk membentuk impak sosial yang positif dalam kalangan mereka yang kurang mendapat perkhidmatan dan terpinggir,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketua Perhubungan dan Kualiti Platform Grab Malaysia, Nur Zafira Azahar memberikan bubur lambuk kepada komuniti di Kota Bharu.

Inisiatif sumbangan bubur lambuk berkenaan menyaksikan penyertaan rakan pemandu dan penghantar, pasukan Grab, dan wakil masjid di tapak untuk membantu dalam penyediaan, pembungkusan, dan pengedaran bubur lambuk kepada golongan yang memerlukan.

“Kami mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan kongsi inisiatif ini di Terengganu, Kelantan dan Pahang, rakan pemandu dan penghantar Grab, serta sukarelawan kami yang memainkan peranan penting dalam pengedaran bubur lambuk. 

“Bersama-sama, kita telah menunjukkan kuasa tindakan kolektif dalam menyebarkan kegembiraan dan kebaikan di bulan Ramadan yang mulia ini,” tambah Rashid. – KOSMO! ONLINE

@grabmy Korang biasanya makan apa waktu berbuka? Kalau di 3 bandar ni, majoriti memang suka bubur lambuk tau. Seronok sekali dapat kacau dan agihkan 2500 pek bubur lambuk bersama-sama ahli komuniti dan 150 Abang dan Akak Grab kami di Pantai Timur. Terima kasih semua! Kita jumpa lagi okey. 🙌 — Dengan kerjasama: Kuala Terengganu – 🕌 Masjid Abidin @ Masjid Puteh KT Kuantan – 🕌 Masjid Saidina Othman Bukit Rangin Kota Bahru – 🏥 Hospital USM, Kelantan #berbukabersamagrab ♬ original sound – GrabMY

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI