fbpx

F1: Ketua jurutera McLaren angkat kaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MCLAREN terpaksa akur apabila kehilangan khidmat ketua jurutera biarpun baru tiga bulan menyertai pasukan itu musim ini. – AFP

LONDON – McLaren sekali lagi melakukan rombakan dalam struktur pasukannya selepas ke­tua juruteranya, David Sanchez hanya mampu bertahan tiga bulan selepas dikatakan tidak selari dengan pekerjaan yang ditawarkan kepadanya.

Sanchez menyertai Ferrari pa­da 2012 selaku ketua aerodinamik sebelum beralih angin bersama McLaren sebagai pengarah teknikal konsep dan prestasi kereta bagi menggantikan James Key.

McLaren yang dikendalikan oleh Andrea Stella telah melakukan rombakan pasukan apabila bertindak mendapatkan kepakaran Sanchez selain turut membawa masuk individu penting dari Red Bull iaitu Rob Marshall bagi saingan musim ini.

Bagaimanapun, Sanchez de­ngan berat hati terpaksa mengambil keputusan meninggalkan McLaren selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan kerana peranannya tidak sejajar bersama pasukan tersebut.

“Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada pasukan ini. McLa­ren bersetuju bahawa pekerjaan yang diberikan kepada saya tidak selari, jadi saya meninggalkan pasukan ini dengan cara baik.

“Saya mendoakan pasukan ini terus berjaya dan berada di hadapan grid. Saya menantikan cabaran seterusnya,” katanya.

Stella mengesahkan peletakan jawatan Sanchez dan Marshall akan dilantik sebagai ketua pereka, manakala Neil Houldey yang telah bersama McLaren selama 15 tahun bakal menjadi pengarah teknikal kejuruteraan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI