fbpx
Hasbi - Foto JABATAN PENERANGAN

60 penerbangan tambahan balik raya ke Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah meluluskan sebanyak 60 penerbangan tambahan ke Kota Bharu, Kelantan melibatkan 15,962 tempat duduk sempena musim perayaan Aidilfitri tahun ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, setakat ini empat syarikat penerbangan Malaysia menyediakan perkhidmatan penerbangan ke Kota Bharu dengan jumlah kekerapan 129 penerbangan dalam seminggu melibatkan enam destinasi iaitu Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Johor Bahru, Kuching, Pulau Pinang dan Subang.

“Kerajaan sentiasa menggalakkan syarikat penerbangan negara untuk meningkatkan kapasiti penerbangan semasa musim perayaan khususnya di laluan yang mempunyai permintaan tinggi termasuk ke Kota Bharu,” katanya di Dewan Negara, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Dr. Wan Martina Wan Yusoff yang ingin tahu jumlah penerbangan domestik ke Kelantan setiap hari terutamanya pada musim perayaan dan sama ada kerajaan berhasrat menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) menjadi lapangan terbang antarabangsa.

Dalam pada itu, Hasbi berkata, fasa satu projek menaik taraf LTSIP dijangka siap pada 30 April depan diikuti dengan fasa dua 26 Januari 2025.

“Apabila projek menaik taraf tersebut disempurnakan pada 2025, LTSIP dapat menampung kapasiti empat juta penumpang setahun,” katanya.

Jelasnya, meskipun LTSIP tidak dikategorikan sebagai lapangan terbang antarabangsa, ia tetap berperanan sebagai pengantara kepada enam lapangan terbang antarabangsa negara iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching, Pulau Pinang, Langkawi dan Johor Bahru. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN