fbpx

[VIDEO] Rumah meriah macam dalam taman tema ‘I-City’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan rumah meriah macam dalam taman tema ‘I-City’.

PETALING JAYA – Kemeriahan sebuah rumah ibarat taman tema di I-City Shah Alam mendapat perhatian orang ramai selepas kawasan halamannya dihiasi dengan lampu solar berwarna-warni.

Menerusi perkongsian video oleh Puchong Viral, lampu berkenaan menghiasai pokok, tumbuhan selain rekaan mini seperti bangunan KLCC dan KL Tower yang dibina pemiliknya.

Lampu suria yang disangkut pada setiap penjuru rumah membuatkan kediaman berkenaan bercahaya.

“Matahari hilang je terus hidup, hidup sampailah bateri habis, kadang-kadang sampai pagi pun pernah,” kata penduduk kampung itu.

Menurut individu yang merakam rakaman ini, dekorasi lampu solar ini telah dilakukan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi.

Rata-rata komen daripada pengguna media sosial memuji keindahan rumah pemilik ini.

“Cantik rumah pakcik ni, gigih nak bagi cantik, ada kreativiti tersendiri dan menarik perhatian ramai,” komen Massuriani.

“Cantik, rajin keluarga ini menghias rumah,” komen Zana.

“Cantik dan kreatif hiasan lampu solar yang berwarna-warni,” komen Zaira.

Sehingga kini, video itu mendapat 408,000 tontonan, 17,000 tanda suka dan 6,300 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

@puchongviral 📍 Sebelah Iceblended Pakteh 📍 Kg Sri Langkas, Puchong Rumah dilutupi lampu solar pada waktu malam. #puchong #foodie #kgsrilangkas #puchongpermai #puchongperdana #puchongutama #puchongprima #pusatbandarpuchong #puchongjaya #puchongindah #puchongintan #bukitpuchong #batu14puchong ♬ original sound – PuchongViral

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI