fbpx

Tauke barang terpakai didakwa rasuah anggota PBT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Swee Huat (kanan) dituduh memberi wang rasuah sebanyak RM500 kepada Penguatkuasa MBIP di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Seorang pengusaha syarikat barangan terpakai dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan cuba menawarkan sogokan RM500 kepada pembantu penguat kuasa Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dua tahun lalu.

Tertuduh, Lee Swee Huat, 55, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Swee Huat didakwa melakukan kesalahan itu sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan terhadap syarikatnya kerana meletakkan barangan lusuh di tempat awam tanpa kebenaran.

Perbuatan itu dilakukan di Jalan Perlaluan Makmur 73, Taman Damai Jaya, di sini pada pukul 2.30 petang, 26 Jun 2022.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 46 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Rais Adha Ramli, manakala tertuduh diwakili peguam Mohamad Azrulsani Othman.

Pihak pendakwaan mencadangkan supaya tertuduh diikat jamin RM10,000 berserta syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di Pejabat SPRM Johor Bahru setiap bulan.

Dalam rayuannya, Mohamad Azrulsani memohon jaminan rendah iaitu RM5,000 kerana mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis selain tiada pendapatan tetap.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 berserta syarat tambahan yang dicadangkan oleh pihak pendakwaan.  Sebutan semula kes pada 5 Mei ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI