fbpx

LZS sasar RM191 juta zakat perniagaan tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Fadhil (enam kiri baris kedua) bersama pembayar zakat perniagaan dan penerima zakat pada majlis tersebut. FOTO: M. Firdaus M. Johari

SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyasarkan kutipan zakat perniagaan sebanyak RM191 juta sepanjang tahun ini.

Ketua Pegawai Operasi LZS, Ahmad Fadhil Hassan berkata, ini selepas jumlah keseluruhan kutipan zakat pada tahun lalu menyumbang sebanyak RM176 juta.

“Namun begitu, jika ditinjau kepada potensi sebenar zakat perniagaan, hakikatnya ia masih besar untuk diterokai.

“Selangor mempunyai ribuan entiti perniagaan, sama ada bersifat persendirian, syarikat perkongsian, koperasi dan sebagainya,” katanya ketika berucap pada majlis iftar bersama muzakki dan penyerahan zakat Ramadan 2024 hari ini.

Beliau memberitahu, pihaknya turut menyasarkan kutipan zakat sepanjang Ramadan ini sebanyak RM220 juta bagi zakat harta, manakala fitrah sebanyak RM40 juta.

Ahmad Fadhil menjelaskan, LZS menjadi institusi zakat pertama di Malaysia yang mengagihkan zakat melebihi RM1 bilion.

“Ini terbukti apabila LZS berjaya meningkatkan kutipan zakat di Selangor daripada RM15.9 juta pada tahun 1994 kepada RM1.07 billion pada tahun 2022.

“Prestasi kutipan membanggakan ini bersamaan dengan kadar 17.7 peratus peningkatan tahunan. Bagi tempoh sama juga pengagihan zakat melonjak daripada RM16.3 juta kepada RM1.05 billion,” ujarnya.

Terdahulu, pada majlis tersebut, sebanyak 42 buah syarikat termasuk tiga pengeluar zakat individu menunaikan zakat perniagaan
berjumlah RM6.1 juta.

LZS turut menyerahkan bantuan zakat dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM5.8 juta.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI