fbpx

Bapa 10 anak dituduh sebabkan rugi lebih setengah juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Kamal ketika tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Butterworth, pagi tadi. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/ KOSMO!

SEBERANG PERAI – Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Majistret Butterworth di sini, hari ini atas tujuh pertuduhan menipu seorang individu berkaitan pelaburan projek perumahan dan rumah kedai tidak wujud sehingga kerugian RM580,000.

Tertuduh, Ahmad Kamal Akbar Ramin @ Abd Rahim,54, mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Siti Zulaikha Nordin @ Ghani.

Akhamad Kamal didakwa menipu mangsa berusia 53 tahun untuk mempercayai dia akan menerima keuntungan atas pelaburan projek perumahan PPR berbilang tingkat dan rumah kedai yang tidak wujud di Mukim Kuantan dan Golf Garden, Jawi.

Perbuatan itu mendorong mangsa menyerahkan cek berjumlah RM580,000 atas nama syarikat Akar Bina Teguh Sdn. Bhd. yang mana mangsa tidak akan memberikannya sekiranya tidak diperdaya.

Kesalahan itu dilakukan di Kompleks Perniagaan Tasek Gelugor antara 8 hingga 24 September 2018.

Timbalan Pendakwa Raya, Asma’ ‘Amira Shahidani menawarkan jaminan sebanyak RM70,000 bagi kesemua pertuduhan.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Ima Syakira Mohd Salim bagaimanapun memohon satu jumlah minimum dengan alasan anak guamnya tiada pendapatan tetap dan mennggung 10 anak yang mana tujuh daripada mereka masih kecil dan bersekolah.

Majistret Siti Zulaikha memebenarkan tertuduh diikat jamin RM56,000 bagi kesemua pertuduhan. Tarikh 26 Jun ini ditetapkan untuk lantikan peguam dan serahan dokumen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI