fbpx

800 pesawah Tanjong Karang desak harga lantai padi dinaikkan RM1,600

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurul Syazwani dan Noh bersama pesawah yang terjejas di Kampung Sawah Sempadan, Tanjong Karang, Kuala Selangor. -FOTO ISKANDAR SHAH MOHAMED/ KOSMO!

KUALA SELANGOR – Lebih 800 pesawah di Kampung Sawah Sempadan, Tanjong Karang di sini mendesak kerajaan supaya menaikkan harga lantai padi dari RM1,350 kepada RM1,600 bagi setiap tan metrik.

Selain itu, mereka menuntut penetapan potongan pemutuan padi pada kadar 17 peratus berbanding 20 peratus ketika ini.

Pesawah, Arbany Katimin, 67, berkata dua tuntutan itu perlu bagi membela nasib mereka yang terjejas teruk pendapatan pada musim penanaman kali ini.

“Harga belian padi kini amat rendah dan isu pemutuan tinggi nyata membebankan kami sedangkan padi yang dijual kepada pengilang berkualiti.

“Saya merayu kerajaan memberi pertimbangan sewajarnya bagi menaikkan harga belian dan pemutuan padi pada kadar munasabah,” katanya ketika ditemui selepas bantahan aman bersama 50 pesawah lain di kampung itu, petang semalam.

Bagi Zakaria Ahmad, 56, harga belian dan pemutuan padi di Sawah Sempadan kebiasaannya tidak sama dengan beberapa kawasan berhampiran.

“Harga belian padi di kawasan ini jauh lebih rendah berbanding di Sungai Burong dan daerah Sabak Bernam. Pesawah mahu penjelasan daripada kerajaan kerana perkara ini selalu dihadapi sedangkan kami menghasilkan padi daripada benih sah sama seperti di tempat lain,” ujarnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Nurul Syazwani Noh berkata, kerajaan Selangor turut digesa turun padang bagi melihat sendiri masalah dihadapi pesawah di kawasan itu. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI