fbpx

Planworth sumbang RM15,000 kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim & Asnaf Teratak Ummi di Gombak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan Planworth ternasuk Farahdina bergambar bersama anak yatim & asnaf Teratak Ummi selepas majlis buka puasa dan menyampaikan sumbangan di Gombak, Selangor baru-baru ini.

PETALING JAYA – Syarikat Planworth Global Factoring Sdn. Bhd. (Planworth)  telah melancarkan kempen Touch Your Heart bagi usaha membantu golongan yang memerlukan sepanjang bulan Ramadan ini.

Pengurus Pemasaran Planworth, Farahdina Mohd. Tamrin berkata, menerusi kempen tersebut, sebanyak 50 peratus daripada yuran pemprosesan bagi pembiayaan daripada Planworth akan disalurkan kepada badan kebajikan yang terpilih.

“Pada bulan Ramadan ini, kempen Touch Your Heart berpeluang bekerjasama dengan pelanggan dalam berkongsi rezeki menyalurkan sumbangan dan membantu mereka yang kurang kemampuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim di Gombak, Selangor baru-baru ini.

Farahdina menjelaskan, Planworth memberi sumbangan sebanyak RM15,000 yang terdiri daripada wang tunai sebanyak RM10,000 beserta barangan keperluan makanan dan duit raya kepada 65 penghuni rumah Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim & Asnaf Teratak Ummi di Gombak, Selangor.

“Rumah anak yatim dan asnaf ini memerlukan dana sebanyak RM30,000 bagi sebulan namun mereka masih lagi tidak mencukupi dana itu.

“Seramai 65 orang mendiami rumah teres dua tingkat yang agak selesa tetapi dari segi kelengkapan tempat tinggal dan keperluan harian anak-anak yatim dan asnaf ini masih daif kerana kediaman yang terlalu sempit,” jelasnya.

 Tambah beliau, Planworth menggalakkan orang ramai termasuk badan-badan korporat yang lain turun padang menghulurkan bantuan kepada rumah anak yatim dan asnaf Teratak Ummi ini.

“Kami akan sentiasa menghulurkan bantuan kepada mana-mana pihak yang memerlukan melalui aktiviti tanggungjawab sosial korporat syarikat dengan menganjurkan pelbagai kempen dari masa ke semasa,” terangnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI