fbpx

Lelaki mengaku bapa tiri Rafizi, luah rasa rindu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar ciapan Rafizi di laman aplikasi X hari ini.

PETALING JAYA – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli hari ini berkongsi satu kejadian mengejutkan apabila secara tiba-tiba seorang lelaki hadir ke pejabatnya dan mengaku sebagai bapa tiri.

Katanya, lelaki tersebut turut meluahkan rasa rindu disebabkan sudah lama tidak berjumpa dengannya.

“Hari ini ada orang datang ke pejabat untuk jumpa saya. Tak ada temu janji apa-apa, hanya muncul.

“Dia mengaku dia ayah tiri saya, dah lama tak jumpa dan rindu. Nasib baik pegawai-pegawai tak kena ‘scam’, selamba sahaja ‘claim’ (mengaku) mak saya kahwin lain,” katanya dalam hantaran di laman X.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berseloroh mengatakan lelaki terbabit mungkin mahu mendaftar sistem Pangkalan Data Utama (Padu) secara bersemuka dengan Rafizi.

“Mungkin terlepas daftar Padu, nak jumpa YB (Rafizi) untuk ajar cara daftar, pak cik buta IT (teknologi internet),” seloroh Shahrul.

Selain itu, beberapa pengguna lain turut bergurau mengatakan individu misteri terbabit sememangnya peminat setia Rafizi sehingga sanggup berlakon menjadi ayah tiri semata-mata dapat bersua muka.

“Peminat Menteri Ekonomi kita rasanya. Tak puas tengok dalam televisyen sahaja sebelum ini. Tak pun, memang orang tu berkenan dengan mak YB, terus mengaku bapa tiri,” kata Iwan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI