fbpx

KK Mart Sungai Isap dilempar bom – Polis ambil empat keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA barang yang rosak di pasar raya KK Super Mart di Sungai Isap, Kuantan yang dibaling dengan molotov cocktail di Sungai Isap dekat Kuantan baru-baru ini.

KUANTAN – Polis telah merekodkan empat keterangan berkaitan kejadian balingan bom ‘molotov cockptail’ yang berlaku di KK Super Mart cawangan Sungai Isap pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata empat keterangan terbabit melibatkan empat individu termasuk pengadu dan saksi kejadian terbabit.

Katanya, pihaknya masih lagi melakukan siasatan lanjut berhubung kejadian termasuk mendapatkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di premis berhampiran.

“Kita masih lagi menjalankan siasatan untuk mendapatkan keterangan-keterangan dan akan melihat dari semua sudut.

“KK Mart terlibat tidak memiliki CCTV jadi kita akan cuba untuk mendapatkan CCTV dari tempat lain yang ada merakamkan kejadian itu,” katanya dalam sidang akhbar selepas Program Pencegahan Jenayah Ketua Polis Pahang yang diadakan di Bazar Ramadan Mahkota Square, di sini, hari ini.

Selain itu katanya, pihak polis juga turut mempertingkatkan rondaan di lokasi yang menempatkan semua cawangan kedai serbaneka terbabit di Pahang.

“Di Pahang, terdapat 15 buah KK Mart dan dua buah stor yang berada di Kuantan dan Bentong. Kita telah meminta anggota polis kerap melakukan rondaan di semua tempat yang dikenalpasti selain turut membuat rondaan di tempat lain juga,” katanya.

Pada Sabtu lalu, kedai serbaneka, KK Super Mart cawangan Sungai Isap, dekat sini, dilaporkan hampir musnah dipercayai dilempar bom petrol kira-kira pukul 5 pagi.

Kejadian tersebut menyebabkan bahagian hadapan kedai berkenaan terbakar termasuk beberapa rak barangan runcit yang diletakkan di situ. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI