fbpx

Hati-hati makan kupang, kerang di Port Dickson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak Jabatan Kesihatan mengambil sampel di Kampung Telok dan Sungai Sekawang untuk mengambil sampel kupang dan kerang di Port Dickson semalam.

PORT DICKSON – Persatuan Nelayan Kawasan Telok Kemang di sini, mengeluarkan hebahan larangan membeli serta memakan kupang dan kerang tempatan buat sementara waktu.

Dalam satu kenyataan persatuan itu, hebahan tersebut dibuat atas inisiatif persatuan berikutan terdapat beberapa kes keracunan makanan disyaki berpunca daripada memakan kupang dan kerang dari perairan Port Dickson.

Jelas kenyataan itu, pada awalnya terdapat lima kes (individu) pada pagi tadi dan sehingga kini kira-kira sembilan individu telah mengalami keracunan dan dimasukkan ke Hospital Port Dickson dengan beberapa mangsa berada dalam keadaan kritikal.

“Pengurusan PNK Telok Kemang menyeru orang ramai agar tidak membeli dan memakan kupang dan kerang tempatan buat sementara waktu.

“PNK Telok Kemang juga menyeru nelayan dan pengusaha agar menghentikan pengeluaran hasil kupang dan kerang, manakala para peniaga juga disarankan agar menarik kembali kedua-dua hasil laut ini dari pasaran,” kata kenyataan itu semalam.

Ujar kenyatan itu, larangan berkenaan adalah bersifat sementara bagi memberi laluan kepada Jabatan Kesihatan untuk mengawal kes ini.

Malah menurutnya, ia juga bertujuan memberi laluan kepada Jabatan Perikanan bagi memperoleh sampel dan membuat siasatan ke atas punca berlakunya keracunan tersebut.

“Pihak berkenaan telah pun turun ke Kampung Telok dan Sungai Sekawang untuk mengambil sampel kupang dan kerang bagi tindakan ­selanjutnya,” tambah kenya­taan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI