fbpx

Ahli perniagaan bergelar Tan Sri didakwa berhubung dakwaan menipu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, esok berhubung dakwaan menipu.

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, lelaki itu akan didakwa di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen dihadapan Hakim Suzana Hussin pukul 9 pagi.

Sebelum ini media melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan beberapa akaun bank persendirian milik seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri bernilai puluhan juta ringgit.

Pembekuan akaun bank berkenaan adalah susulan daripada siasatan yang dijalankan SPRM terhadap seorang ahli perniagaan berkaitan kontrak yang diberikan kepada sebuah syarikat pembekal kenderaan kerajaan sejak Julai tahun lepas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI