fbpx

Solidariti Palestin anjur Himpunan Hari Al-Quds pada 5 April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tian Chua (dua dari kiri) bersama Hishamuddin Rais dan Amir Abdul Hadi memegang sepanduk menggesa genjatan senjata dengan segera.

PETALING JAYA- Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) akan menganjurkan himpunan Hari Antarabangsa Al-Quds pada 5 April ini.

Menurut jurucakap SSP, Tian Chua, himpunan tersebut adalah sebagai tanda solidariti bagi perjuangan pembebasan Palestin.

Tambah beliau, Hari Antarabangsa Al-Quds ini juga telah dilaksanakan saban tahun selama lebih daripada 40 tahun yang mana ia disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat seperti Kristian, Yahudi dan Islam untuk mendesak keadilan.

“Sambutan Hari Antarabangsa Al-Quds pada tahun ini diraikan di tengah-tengah pembunuhan beramai-ramai yang sedang berlangsung di Palestin.

“Tentera Israel telah membunuh lebih 30,00 orang awam di Gaza kebanyakan daripadanya wanita dan kanak-kanak.

“Dijangkakan lebih daripada 10,000 rakyat akan hadir ke himpunan tersebut nanti,” ujarnya.

Himpunan Antarabangsa Al-Quds akan diadakan di Menara Tabung Haji pada Jumaat petang pada pukul 2 petang disusuli dengan perarakan ke kedutaan Amerika Syarikat bagi menyerahkan memorandom. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI