fbpx

3,041 kes denggi, 4 kematian dilapor pada Minggu Epidemiologi ke-12

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 3,041 kes demam denggi dilaporkan pada Pada Minggu Epidemiologi ke-12 iaitu bagi tempoh 17 Mac hingga 23 Mac lepas berbanding 2,905 kes pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, pada masa sama, sebanyak empat kematian akibat komplikasi demam denggi direkodkan oleh pihaknya pada tempoh berkenaan.

“Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-12 adalah sebanyak 41,565 kes berbanding 26,222 kes bagi tempoh sama tahun 2023.

“Manakala terdapat 28 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 17 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2023,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-50 adalah sebanyak 141 berbanding 161 lokaliti pada minggu sebelumnya.

“Daripada 141 lokaliti yang dilaporkan, 118 lokaliti di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (13), Pulau Pinang (enam), Perak (dua) manakala Negeri Sembilan dan Johor masing-masing satu,” ujarnya.

Bagi Bagi survelan chikungunya pula Dr. Muhammad Radzi berkata, empat kes direkodkan dengan dua wabak dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-12, jumlah kumulatif sehingga kini sebanyak 13 kes.

“Bagi survelan zika, sebanyak 568 sampel darah dan satu sampel urin telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif,” katanya.

Dalam pada itu, bagi mengelak peningkatan kes demam denggi beliau mengingatkan masyarakat pulang beraya untuk memastikan tiada bekas-bekas yang boleh menakung air di dalam dan luar rumah serta menutup semua bekas yang menyimpan air dengan rapat.

“Orang ramai boleh mendapatkan informasi penyakit demam denggi serta lokasi wabak dan hotspots melalui laman sesawang iDengue (https://idengue.mysa.gov.my),” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI