fbpx

[VIDEO] Polis buru tiga lelaki promosi along, judi ‘online’ di bazar Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video tular memaparkan lelaki mengedarkan kad perniagaan pinjaman wang tanpa lesen dan judi dalam talian di Bazar Ramadan Stadium Perak, Ipoh.

IPOH – Polis sedang mengesan tiga lelaki yang mempromosikan pinjaman wang tanpa lesen dan judi dalam talian di sekitar Bazar Ramadan Stadium Perak.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, kegiatan kesemua lelaki dipercayai warga tempatan itu dikesan menerusi video tular di media sosial sejak semalam.

Katanya, rakaman berdurasi satu minit itu menunjukkan suspek mengedarkan kad perniagaan pinjaman wang tanpa lesen dan judi dalam talian di setiap gerai di bazar Ramadan berkenaan.

“Berdasarkan siasatan, aktiviti tiga lelaki itu telah bermula sejak tiga hari lalu di mana seorang daripada peniaga telah bertindak merakam kegiatan mereka dan memuat naik di laman sosial.

“Temu bual telah dibuat dengan peniaga terbabit bagi mendapatkan maklumat kejadian. Usaha kini sedang dijalankan bagi mengesan ketiga-tiga suspek terlibat,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, setakat ini tiada laporan yang diterima daripada mana-mana pihak berkaitan kejadian itu.

Terdahulu, pemilik akaun Facebook, Oppa Zuzu Kitchen yang dipercayai peniaga di Bazar Ramadan Stadium Perak memuat naik video memaparkan kegiatan lelaki yang menyebarkan kad iklan judi dan along.

Difahamkan, perbuatan individu terbabit sudah ditegur, namun mereka berdegil dengan terus mempromosikan kegiatan tersebut di bazar berkenaan khususnya kepada peniaga. – KOSMO! ONLINE

@ezzuchang Promote Judi Di Bazar Stadium Ipoh! AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR! #ezzuchang #oppazuzu #fyp #foryoupage #tiktokguru #foryourpage #ramadhan2024 #bazarstadiumipoh2024 ♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI