fbpx

Polis tunggu keputusan sampel air kencing pemandu, kenalpasti seorang lagi mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN bas yang terlibat kemalangan di Kilometer 51.4, Le­buh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) semalam.

BENTONG – Polis telah mengambil sampel air kencing pemandu bas persiaran yang terbalik dalam kejadian kemalangan maut di Kilometer 51.4 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, siasatan giat dilakukan pada masa ini termasuk bagi mengenalpasti punca kejadian.

“Ujian air kencing telah dilakukan dan pada masa ini kita belum dapat lagi keputusannya dan siasatan diteruskan termasuk mengenalpasti punca kejadian.

“Pada masa ini kesemua mangsa yang cedera dan dirawat di hospital berada dalam keadaan stabil,”katanya di sini hari ini.

Semalam dua penumpang bas maut manakala 15 lagi cedera selepas bas persiaran dinaiki mereka hilang kawalan dan terbalik di Kilometer 51.4 Lebuh Raya KLK di sini.

Kejadian kira-kira pukul 7.45 pagi itu berlaku ketika bas berkenaan yang membawa 17 penumpang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kuantan.

Mangsa yang maut merupakan seorang lelaki warga asing, Htay Min Aung,28, dan seorang wanita yang belum disahkan identitinya.

Dalam pada itu Zaiham memberitahu pada masa ini identiti mangsa wanita yang maut masih belum dikenalpasti dan satu kad pengenalan yang ditemukan di lokasi kejadian didapati milik individu lain yang masih hidup.

Katanya, berdasarkan siasatan mendapati penama pada kad pengenalan berkenaan telah membuat laporan polis selepas hampir setahun kad pengenalan miliknya hilang. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI