fbpx

Orang ramai pakat teka raya 10 April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Selepas tarikh melihat anak bulan Syawal telah ditetapkan pada 9 April nanti, rata-rata orang ramai berdebat pula berkenaan tarikh sebenar sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun ini.

Dua tarikh yang menjadi tumpuan pada tahun ini adalah pada 10 April 2024 (Rabu) atau 11 April 2024 (Khamis).

Ternyata orang ramai tidak mahu episod ‘raya kalut’ yang pernah berlaku pada 2022 berulang lagi tahun ini.

Pada sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022, 1 Syawal yang dijangka lewat sehari ternyata tersasar apabila Penyimpan Mohor Besar Raja-raja mengumumkan Aidilfitri disambut keesokan harinya.

Namun bagi 2024, ramai yang menjangkakan 1 Syawal jatuh pada 10 April 2024, iaitu pada hari Rabu.

Mengikut perkiraan, jika 1 Syawal 1445 hijrah jatuh pada 10 April 2024, maka umat Islam di Malaysia berpuasa cukup 30 hari pada tahun ini.

“Kalau lihat dalam kalendar sekali pun, memang hari raya jatuh pada 10 April, 30 hari cukup puasa. Umat Islam tidak boleh puasa selama 31 hari,” jelas Azhar Ahamad.

“Sah tahun ini 10 April, tak akan perginya 11 April. Tenang-tenang sahaja semua, harap tahun ni kita raya tidak ke laut sama dua tahun lepas lagi,” jelas Azura Nusi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI