fbpx

Kerajaan sedia bantu bawa pulang jenazah dua pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAMBRY (kanan) menyampaikan sumbangan kepada pelajar pada Majlis Berbuka Puasa UMNO Bahagian Lumut di Maahad Tahfiz Bayt Al-Ikhlas, Kampung Padang Tembak, Lumut, hari ini.

LUMUT – Kerajaan akan membantu urusan membawa pulang jenazah dua pelajar Malaysia yang terkorban dalam nahas jalan raya di Lake Tekapo, New Zealand, hari ini.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan membantu memudahkan sebarang proses berkaitan termasuk kebajikan tiga pelajar yang cedera.

“Kita serahkan kepada keluarga pelajar kerana perbincangan perlu diadakan bersama mereka. Kebiasaannya, hal berkaitan pengurusan jenazah dilakukan Wisma Putra,” katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa UMNO Bahagian Lumut di Maahad Tahfiz Bayt Al-Ikhlas, Kampung Padang Tembak, di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya kini sedang menunggu maklum balas dari Wisma Putra mengenai tiga lagi pelajar yang cedera dalam nahas berkenaan.

“Maklumat lengkap berhubung kejadian itu masih belum diterima. Bagi pihak Kementerian Pendidikan Tinggi, saya mengucapkan takziah kepada keluarga pelajar-pelajar yang terlibat,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Luar Negeri melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, New Zealand mengesahkan kemalangan jalan raya itu mengorbankan dua pelajar Malaysia manakala tiga lagi cedera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI