fbpx

EPL: Newcastle bangkit tewaskan West Ham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARVEY Barnes (tengah) meraikan jaringannya ketika bantu Newcastle United tewaskan West Ham United 4-3 di St James Park, sebentar tadi. - AFP

LONDON – Alexander Isak dan Harvey Barnes muncul watak utama kepada kebangkitan luar biasa Newcastle United untuk tewaskan West Ham United di St James Park, sebentar tadi.

Bgaimanapun, The Hammers wajar menyalahkan diri sendiri kerana tampil longlai pada 20 minit terakhir yang menyaksikan mereka melepaskan tiga gol untuk mengesahkan kemenangan tuan rumah.

Permulaan cemerlang buat Newcastle United apabila diberikan sepakan penalti seawal minit ketiga namun jaringan itu sedikit tertangguh apabila pengadil perlawanan, Robert Jones memerlukan sedikit masa untuk melakukan pemeriksaan semula.

Selepas lebih dua minit, Jones mengekalkan sepakan penalti buat The Magpies dan peluang keemasan itu berjaya disempurnakan oleh Isak.

Walaupun aksi seakan lebih berpihak kepada tuan rumah, minit ke-21 kedudukan kembali seimbang apabila Michail Antonio bijak menyempurnakan umpanan Lucas Paqueta sebelum Mohammed Kudus meledak gol kedua untuk memastikan West Ham United memasuki bilik persalinan dengan kelebihan 2-1.

Dua minit selepas aksi bersambung, pelawat makin selesa dan kali ini giliran Jarrod Bowen memanfaatkan peluang terbuka menerusi satu serangan balas pantas yang dimulakan oleh Kudus dari sebelah kanan gawang Newcastle.

Bagaimanapun Newcastle United seakan mendapat tenaga tambahan sepanjang 20 minit terakhir apabila bangkit memperoleh tiga gol, bermula dengan satu lagi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Isak pada minit ke-77.

Selepas itu, giliran Barnes menyinar apabila menambah dua lagi gol pada minit ke-83 dan 90 namun Newvastle United menutup aksi dengan nota kecewaan, menyaksikan Anthony Gordon dilayangkan kad merah pada masa kecederaan babak kedua. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI