fbpx

Anwar ucap takziah dua pelajar Malaysia maut di New Zealand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua pelajar Malaysia yang maut akibat kemalangan jalan raya di New Zealand, hari ini

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga dua pelajar Malaysia yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Lake Tekapo, New Zealand, hari ini.

Anwar berkata, beliau juga mendoakan tiga lagi pelajar Malaysia yang tercedera dalam insiden tersebut dikurniakan kesembuhan segera.

“Kerajaan Malaysia menerusi Suruhanjaya Tinggi di New Zealand akan memberikan bantuan sewajarnya kepada mangsa dan ahli keluarga,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Kementerian Luar mengesahkan dua pelajar Malaysia maut dalam insiden kemalangan jalan raya di Lake Tekapo di New Zealand hari ini.

Wisma Putra melalui satu kenyataan memaklumkan, tiga lagi pelajar Malaysia lain yang turut terbabit dalam kemalangan sama diterbangkan ke Hospital Christchurch di South Islands, New Zealand untuk mendapatkan rawatan segera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI