fbpx

Sondol menyondol bukan isu baharu – Adi Putra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADI PUTRA tidak terkejut dengan penularan isu penyondol dalam kalangan artis tanah air ketika ini.

PETALING JAYA – Meledak isu penyondol dalam kalangan selebriti tempatan, pelakon Datuk Adi Putra mengakui tidak terkejut dengan perkara tersebut malah mendakwa kes sedemikian telah wujud dan berlaku sejak lama dahulu.

Kata Adi atau nama lengkapnya Mohamed Hadi Putera Halim, 43, keadaan kini berbeza kerana wujudnya sosial media yang menyebabkan berita tersebut cepat tersebar dan dicanang khalayak.

“Saya rasa isu penyondol dan sondol menyondol di set penggambaran bukan baru berlaku, semua orang pun tahu sejak azali lagi sudah wujud isu seperti itu.

“Cuma bezanya dalam era media sosial ini, maklumat tersebar dengan lebih cepat berbanding zaman dahulu, jadi senanglah orang ramai dapat tahu dan bercakap tentang itu.

“Memang saya tidak terkejut sebab pada saya, itulah realiti hakikat dunia seni kita,” ujarnya kepada Kosmo! Online, baru-baru ini.

Diminta memberi pandangan mengenai konytroversi membabitkan penyanyi juga pelakon Aliff Aziz, pelakon filem Mat Kilau itu enggan masuk campur urusan peribadi orang lain selain berasakan dirinya bukan di posisi yang berhak memberikan pendapat.

Pada masa sama, aktor kelahiran Singapura yang pernah terpalit dengan kontroversi seakan-akan sama itu berharap Aliff dapat mengalihkan segala tohmahan yang dilemparkan kepadanya dari sudut yang positif.

“Saya tiada komen sebab masing-masing ada pilihan dan pandangan berbeza, hanya tuan punya badan sahaja yang tahu.

“Saya tidak boleh menilai, hanya satu yang boleh menilai (Allah SWT) tapi satu perkara boleh saya cakap, bersempena bulan Ramadan ini, menutup aib lebih afdal.

“Saya sendiri pernah ditohmah suatu ketika dahulu. Jadi tohmahan ini kena ambil dari sudut positif. Pegang pada prinsip bahawa bumi ini bukan kita punya tapi milik Allah,” ujarnya.

Pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan Ruhainies ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2 petang hari sama dan bakal didakwa di mahkamah syariah dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI