fbpx

Sindiket ‘scammer’ kaut lebih RM14 trilion setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pada tahun lalu Myanmar menyerahkan beribu-ribu rakyat China yang bekerja sebagai ‘scammer’ kepada Beijing. – XINHUA

HONG KONG – Kumpulan-kumpulan jenayah terancang yang mendalangi ‘letusan’ kegiatan penyeludupan manusia dan penipuan (scammer) semasa pandemik Covid-19 telah berkembang dari Asia Tenggara untuk menjadi sebuah rangkaian global, lapor akhbar South China Morning Post semalam.

Setiausaha Agung polis antarabangsa Interpol, Jurgen Stock berkata, sindiket-sindiket yang mengendalikan pusat penipuan siber tersebut meraih ‘pendapatan’ berjumlah AS$3 trilion (RM14.19 trilion) setahun.

“Didorong oleh ketanpanamaan secara online, diinspirasikan daripada model perniagaan baharu dan dipacu oleh Covid-19, kumpulan-kumpulan jenayah terancang tersebut kini beroperasi pada skala yang tidak dapat dibayangkan sedekad lalu.

“Apa yang bermula sebagai ancaman jenayah serantau di Asia Tenggara telah berkembang menjadi krisis penyeludupan manusia global.

“Berjuta-juta orang menjadi mangsa mereka sama ada dipaksa bekerja di pusat-pusat scammer atau menjadi sasaran penipuan,” kata Stock semasa memberi taklimat di pejabat Interpol cawangan Singapura pada Rabu lepas.

Pusat-pusat penipuan siber di Asia Tenggara katanya, kerap kali menggunakan mangsa jenayah pemerdagangan manusia sebagai pekerja.

Mereka ditipu dengan ditawarkan pekerjaan sebenar namun, kemudian dipaksa membantu kumpulan-kumpulan penjenayah untuk mempelbagaikan sumber pendapatan selain daripada aktiviti penyeludupan dadah, tambah Stock,

“Bagaimanapun, aktiviti penyeludupan dadah masih menyumbang antara 40 peratus hingga 70 peratus daripada keseluruhan pendapatan kumpulan-kumpulan penjenayah,” katanya.

Menurut ketua Interpol tersebut, kumpulan-kumpulan penjenayah jelas mempelbagaikan perniagaan mereka dengan menggunakan laluan penyeludupan dadah untuk turut menyeludup manusia, senjata api, barangan intelek, barangan curi lain dan kenderaan.

Stock memberitahu bahawa kira-kira AS$2 trilion (RM9.46 trilion) hingga AS$3 trilion pendapatan haram disalurkan menerusi sistem kewangan global pada setiap tahun.

Jelasnya, sebuh kumpulan jenayah terancang boleh meraih pendapatan mencecah AS$50 bilion (RM236.65 bilion) setahun.

Pada November tahun lalu, Myanmar menyerahkan beribu-ribu scammer telekomunikasi warga China yang menjadi buruan kepada Beijing.

Siasatan oleh agensi berita Reuters pada tahun lalu memperincikan kemunculan cabang jenayah siber terbabit dan pembiayaannya di Thailand.

Stock sebaliknya memuji Singapura atas kejayaan membongkar kes pengubahan wang haram pada tahun lepas melibatkan aset yang dirampas berjumlah lebih S$3 bilion (RM10.53 bilion). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI