fbpx

Rumah terbakar, persiapan Aidilfitri musnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jawadah (kiri) dan Mat Azhar melihat kereta jenis Perodua Myvi milik mereka yang terbakar dalam kejadian di Kampung Gerong, Tumpat hari ini. FOTO ROHANA ISMAIL

TUMPAT – Segala persiapan untuk menyambut Aidilfitri musnah dalam kejadian kebakaran melibatkan dua buah rumah di Kampung Gerong kira-kira pukul 12.45 tengah hari di sini hari ini.

Penghuni salah sebuah rumah terlibat, Jawadah Mahmood, 54, berkata, dia pada awalnya melihat kepulan asap keluar dari kawasan rak menyimpan perkakas dapur sebelum api merebak membakar dinding rumahnya.

Panik dengan situasi itu, dia terus memanggil suaminya, Mat Azhar Mat Said, 53, yang ketika itu bersama tiga anak berusia 15, 13 dan 8 tahun di ruang tamu untuk memadamkan kebakaran tersebut.

“Api semakin marak membakar dinding dapur dan bekalan elektrik terputus menyebabkan usaha memadam kebakaran itu gagal kerana bekalan air telaga tiub terputus,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Jawadah yang bekerja sebagai guru memberitahu, dia dan suaminya terus membawa tiga anak mereka keluar dari rumah, namun semua pakaian untuk menyambut lebaran yang dibeli untuk anak-anaknya sebelum Ramada tidak dapat diselamatkan.

“Dua daripada 12 ekor kucing yang berada di dalam sangkar turut tidak dapat dapat diselamatkan. Selain rumah, dua buah kereta jenis Proton Saga dan Perodua Myvi milik saya dan suami turut hangus,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI