fbpx

Rakan sebilik mengigau panjat peti sejuk persis Ju-On

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang menunjukkan rakan sebiliknya di atas peti sejuk ketika tengah malam. – KHAOSOD

BANGKOK –  Seorang wanita muda nyaris trauma melihat rakan sebiliknya sedang duduk di  atas peti sejuk apabila dia terjaga pada waktu tengah malam, lapor laman berita Thaiger semalam. 

Kelakuan pelik rakannya mendorong wanita berkenaan cuba mendapatkan bantuan netizen. 

Kejadian berlaku baru-baru ini. Wanita itu terjaga di dalam bilik yang gelap sebelum melihat rakan sebiliknya duduk di atas peti sejuk dengan rambut mengurai, menambahkan lagi suasana seram. 

Hantaran tular itu mengundang pelbagai komen netizen. Ada yang membuat spekulasi bahawa rakan sebilik itu memanjat peti sejuk kerana takutkan makhluk perosak seperti tikus atau lipas yang berada di atas di lantai.

Sebilangan lagi secara berseloroh berkata, rakannya sedang bertapa kerana mengamalkan qigong iaitu satu cabang seni mempertahankan diri. 

Beberapa pengguna media sosial lain bagaimanapun memberitahu bahawa terdapat kemungkinan rakan sebilik wanita berkenaan  berkelakuan ganjil kerana mengalami sindrom ‘sleepwalking’. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI