fbpx

Cuaca baik tanpa hujan lebat dan ribut petir pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan cuaca cerah hampir kesemua kawasan di Semenanjung pada pagi ini termasuk Sabah dan Sarawak.

Ia berikutan tiada amaran hujan lebat atau ribut petir dikeluarkankan pagi ini  dengan suhu maksimum 35 hingga 37 darjah Celsius.

Bagaimanapun, menjelang petang, MetMalaysia menjangkakan hujan serta ribut petir berpotensi berlaku hampir di semua negeri di Semenanjung Malaysia terutama di bahagian utara dan pantai barat Semenanjung.

“Bagi negeri Sabah dan Sarawak, hujan dan ribut petir turut diramalkan berlaku melibatkan hampir di semua bahagian bagi kedua-dua negeri terutama di bahagian di selatan negeri Sarawak.

Sementara itu, rantau negara yang telah memasuki fasa peralihan monsun menyebabkan angin bertiup daripada pelbagai hala dengan kelajuan yang agak lemak iaitu sekitar 10 hingga 30 kilometer sejam.

“Perkara ini boleh menyebabkan hujan beserta ribut petir pada waktu petang sehingga ke awal malam terutamanya di bahagian barat dan pedalaman Semenanjung, bahagian barat negeri Sabah serta bahagian tengah dan selatan negeri Sarawak,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI