fbpx

Nabila Huda bengang, isu ‘claim’ diputar-belit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NABILA HUDA bertambah geram dengan sebuah produksi yang tidak melunaskan tuntutan perbelanjaan sendirinya untuk sebuah drama tidak lama dahulu.

SUDAHLAH bayaran tuntutan perbelanjaan sendiri tidak dilunaskan, kini syarikat produksi yang bikin pelakon Nabila Huda sakit hati cuba kelihatan seolah-olah mereka pula jadi mangsa.

Pihak terbabit mengeluarkan kenyataan mendakwa semua bayaran sudah dilangsaikan, selain meminta mana-mana individu datang berbincang jika ada masalah.

Apa lagi, tentu saja Nabila atau Abil tampil menangkis kenyataan tersebut yang dirasakan sebagai cubaan membersihkan nama baik selepas kisah lama dibongkarkan.

Jangan main-main dengan anak kepada penyanyi Datuk Amy Search ini ya, sebab dia sudah bagi sepenuh komitmen termasuk mendahulukan duit sendiri demi menyempurnakan watak.

Sebenarnya boleh saja wakil syarikat tersebut hubungi Nabila bagi menyelesaikan isu antara mereka, bukan ‘menjawab’ dengan tanpa rasa bersalah.

Kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang. Takkanlah Abil nak reka cerita pula. Fikirlah sendiri.

Mizz Lahar: Khabarnya isteri seorang penyanyi sudah hamil selepas sekian lama menunggu zuriat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI