fbpx

MMAG labur RM150 juta bangunkan fasiliti logistik baharu di KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Adib (dua dari kanan) pada majlis mengumumkan pembangunan fasiliti logistik baharu di KLIA, Sepang semalam.

PETALING JAYA – MMAG Hol­dings Berhad (MMAG) telah me­labur lebih daripada RM150 juta untuk membangunkan fasiliti logistik baharu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi memacu pertumbuhan perniagaan pener­bangannya, sekali gus memainkan peranan penting dalam merealisasikan potensi Malaysia sebagai hab kargo udara serantau.

Pelaburan melibatkan segmen penerbangan MMAG, MMAG Aviation Consortium Sdn. Bhd. (MAC) itu dilihat bakal me­ningkatkan kelebihan daya saing Kumpulan dalam industri logistik dan memacu pertumbuhan pendapatan.

Kemudahan itu menampilkan terminal kargo automatik seluas 302,400 kaki persegi (28,000 meter persegi), yang pertama dalam jenisnya di KLIA dengan kapasiti memproses kargo sehingga 72 pesawat penumpang manakala operasi penuh dijangka dicapai dalam tiga fasa.

MMAG turut mengumumkan pemeteraian memorandum persefahaman dengan Menzies Aviation (SG) Pte Ltd (Menzies), sebahagian daripada Menzies Aviation Limited, yang merupakan kumpulan perkhidmatan penerbangan terbesar di dunia dari segi liputan geografi.

Pengerusi MMAG Holdings Berhad, Tan Sri Mohd. Khairul Adib Abd. Rahman berkata, pihaknya percaya KLIA mem­punyai potensi untuk menjadi nod penting dalam rangkaian kargo udara global.

“Walaupun permintaan e-dagang adalah pendorong pertumbuhan utama bagi kargo udara, proses pengendalian kargo udara konvensional adalah kompleks dan memakan masa yang panjang, melibatkan terlalu banyak langkah.

“Dengan fasiliti baharu, kami melihat peluang untuk menyederhanakan dan menyelaraskan proses ini. Kami merancang untuk memperkenalkan penyele­saian inovatif yang akan menjadikan Malaysia sebagai pemimpin dalam pengendalian kargo udara yang cekap.

“Kami mengharapkan untuk mendapat manfaat daripada beberapa faktor pendorong pasaran di sini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI