fbpx

Eksport Matrade RM1.4 trilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reezal Merican (tengah) menyerahkan sumbangan kepada anak Yatim pada majlis berbuka puasa di bangunan Matrade semalam.

KUALA LUMPUR – Jumlah eksport Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) pada 2023 tidak mencapai sasaran yang ditetapkan apabila hanya mencatat RM1.426 trilion.

Pengerusinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, jumlah itu bersamaan dengan 82.4 peratus daripada nilai yang disasarkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 iaitu RM1.73 trilion.

“Bagaimanapun, prestasi perdagangan negara mengekalkan trend peningkatan untuk dua bulan pertama tahun ini, dengan eksport meningkat 3.9 peratus kepada RM233.74 bilion berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.

“Ini disumbang oleh kenaikan eksport barangan perkilangan dan saya pasti syarikat Mamee turut menyumbang kepada kenaikan eksport Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis meraikan 22 anak yatim dari Rumah Kebajikan Baitul Ehsan Al-Khairi sempena Ramadan di bangunan Matrade di sini.

Pada majlis itu, pihaknya turut menyerahkan sumbangan yang terhasil daripada wakalah Matrade iaitu hasil kutipan zakat warga Matrade melalui potongan gaji.

Sebanyak RM175,000 berjaya dikumpulkan dan akan diserahkan kepada mereka yang memerlukan seperti pesakit, mangsa banjir atau kematian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI