fbpx
GAMBAR HIASAN

Dugaan raya anak autistik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Kehidupan bukan mudah buat ibu bapa mempunyai anak autistik. Berdepan cabaran saban hari dalam mencurahkan kasih sayang.

Segala jerit perih, penat lelah, kerisauan apatah kebimbangan yang tidak bernoktah hanya Tuhan yang maha mengetahui.

Mengharungi kehidupan sebagai ibu bapa anak autistik ibarat membujur lalu melintang patah.

Hati perlu kental. Jiwa kena mantap.

Begitu juga dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Kunjung mengunjung tanda berjiran. Sebuah desa bagaikan bersaudara oh seronoknya.

Namun, bagi bapa kepada anak autistik seperti Ahmad (bukan nama sebenar), keseronokan amalan kunjung mengunjung di Aidilfitri adalah terhad.

Kata bapa kepada anak autistik itu: “Aku tidak boleh bawa anak beraya di rumah orang, tetapi orang bawa anak beraya di rumah aku okey.”

Ahmad bukan berasa malu, sebaliknya lelaki berusia 50-an itu pilu jika melihat ketidakmampuan anaknya mengerti norma masyarakat.

Dia tidak mahu anak autistiknya membuatkan tuan rumah atau tetamu lain berasa kurang senang apatah dianggap merimaskan.

Kisah Ahmad itu hanya secebis daripada banyak lagi cabaran atau dilema dialami oleh sebahagian ibu bapa kepada anak autistik.

Menurut portal rasmi Kementerian Kesihatan, autisme adalah gangguan pertumbuhan tumbesar dalam jangka masa panjang.

Gangguan pertumbuhan tumbesar itu memberi kesan dalam pemikiran kanak-kanak dan dalam proses informasi.

Ia berlaku kepada kanak-kanak antara satu hingga dua orang dalam 1,000 dan ia terjadi empat kali lebih kerap dalam kalangan kanak-kanak lelaki.

Penyebab utama autisme adalah komunikasi, tindak balas sosial serta tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti.

Seseorang yang menghidap autisme akan mendapat gejala yang berlainan mengikut umur termasuk hiperaktif dan panas baran.

Berdasarkan statistik setakat 30 Jun 2022, seramai 36,601 individu di Malaysia pelbagai peringkat usia disahkan mempunyai autisme.

Pakar Psikologi Kanak-Kanak, Profesor Datin Dr. Mariani Md. Nor pernah dilaporkan berkata, autisme mempengaruhi kemampuan kanak-kanak.
Ia termasuk daripada segi kemahiran berkomunikasi, gaya pembawaan karakter dan interaksi dengan keluarga serta rakan sebaya.

Emosi mereka juga tidak menentu, kadangkala tidak stabil, suka bertindak melulu dan susah nak fokus maka berlaku ketaknormalan.

Persoalan utama yang masih belum terjawab adakah masyarakat kita cukup memahami dan prihatin terhadap golongan autistik?

Apakah orang lain mampu menerima kunjungan anak Ahmad yang autistik ke rumah mereka dengan hati terbuka?

Bagi Azimah, 45, dia hanya bawa anak autistiknya mengunjungi rumah ahli keluarga terdekat yang mengetahui keadaan anaknya.

“Aku tak pernah rasa sedih atau kecewa dengan keadaan anak aku. Memang aku berasa penat, tetapi aku percaya ada hikmah.

“Seperti terkandung dalam al-Quran, Allah S.W.T tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN