fbpx

Tol percuma sempena perayaan diteruskan, hanya kepada kenderaan kelas 1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya memaklumkan dasar pemberian tol percuma untuk semua perayaan utama sepanjang tahun ini akan diteruskan termasuk bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri pada bulan hadapan.

Bagaimanapun kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pemberian tol percuma itu hanya diberikan kepada kenderaan persendirian iaitu kenderaan kelas satu sahaja.

Jelas beliau, langkah itu diambil bagi mengimbangi perbelanjaan yang perlu ditanggung kerajaan ketika ini.

“Sementara untuk kenderaan kelas lain seperti kenderaan komersil, tiada sebarang pengecualian tol diberikan memandangkan harga tiket yang dibayar oleh penumpang tidak menunjukkan sebarang penurunan yang ketara,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Alexander berkata, pemberian pengecualian tol bagi tahun lalu membabitkan 53.91 juta transaksi tol dan anggaran pampasan yang perlu ditanggung oleh kerajaan adalah kira-kira RM206.19 juta.

Daripada jumlah itu katanya, pampasan sebanyak RM41.21 juta diberi sempena Tahun Baharu Cina, sementara Hari Raya Aidilfitri (RM80.07 juta); Deepavali (RM42.31 juta) serta RM42.60 juta sempena Krismas.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI